Khamis, 20 Februari 2014

Ancaman Kos Perubatan!!!

Tahukah anda akan kos perubatan sekarang? Kos perubatan rawatan kanser boleh meningkat sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000.Emm... banyak bukan. Tetapi adakah anda memiliki wang sebanyak itu? kalau anda kaya atau memiliki wang yang banyak yang cukup untuk menampung kehidupan untuk 7 keturunan, mungkin anda tidak risau akan nilai tersebut. Tetapi bagaimana, jika pendapatan anda rendah dan mempunyai saiz keluarga yang agak besar untuk ditanggung.Sudah tentu nilai tersebut agak membebankan.Sungguh pun begitu, ramai yang tidak bersedia untuk menghadapi saat-saat tersebut. Kenapa?

Mungkin ramai yang menjangkakan bahawa mereka tidak akan ditimpa musibah yang menyebabkan mereka terpaksa dirawat dan seterusnya menanggung kos yang membebankan itu. Sudah semestinya perkara tersebut amat-amat mustahil kerana tiada siapa yang tahu musibah yang akan menimpanya.

Atau mungkin juga mereka menjangkakan bahawa, wang simpanan mereka cukup untuk menampung kos rawatan mereka. Jika dilihat dari kos perubatan yang didedahkan diatas, jumlah nya amat besar dan sudah pasti kebanyakkan orang tiada wang tunai sebanyak itu di dalam simpanan mereka.Berikut merupakan kisah benar yang berlaku di Kuala Lumpur.

Seorang pengusaha restoran yang di serang penyakit jantung, telah menceritakan bahawa beliau telah  menjalani pembedahan saluran jantung.Restorannya terpaksa dibuka 24 jam untuk membayar hutang keluarga yang dipinjam untuk membiayai pembedahan tersebut.Beliau telah meminjam wang sebanyak RM 50,000.00 untuk kos pembedahan.Jika seorang pengusaha restoran pun mengalami kesulitan dan kesukaran untuk menanggung kos rawatan, apatah lagi bagi golongan yang berstatus "makan gaji" dan berpendapatan rendah. Tentulah keadaan mereka akan lebih teruk lagi.

Terdapat juga kisah seorang isteri yang terpaksa menjual 2 buah rumah mereka untuk membiayai kos pembedahan suaminya. Malangnya, suaminya meninggal dunia selepas pembedahan itu.Isteri malang itu kehilangan suami dan 2 buah rumah mereka dan terpaksa bekerja keras untuk menanggung keluarga mereka.

Cerita-cerita ini merupakan sebahagian kisah benar yang berlaku di kalangan masyarakat kita, dan tidak mustahil jua akan berlaku pada diri kita. Demikian lah ancaman! ancaman kos perubatan yang semakin meningkat dari hari ke hari yang akan membebankan kita jika tiada persediaan dibuat untuk menghadapinya.




0 ulasan:

Catat Ulasan