Apa itu takaful? Apa kaitan takaful dengan pengurusan kewangan?

Adakah anda memiliki wang yang cukup untuk digunakan pada saat-saat kecemasan?. Tahukah anda, semasa anda sihat anda mampu untuk bekerja dan menjana kekayaan. Tetapi, bagaimana pula jika anda telah lumpuh atau hilang upaya untuk bekerja lagi. Berapa banyak majikan akan membayar gaji anda? 100%, 50%.... sedangkan anda tidak mampu lagi untuk bekerja. Anda sedia maklum, bahawa jika tiada kerja.. maka tiada lah gaji. Adakah anda mampu untuk mengharungi saat itu tanpa bantuan dari sesiapa? Buatlah sedikit persediaan sebelum tiba saat itu dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji anda untuk melindungi 100% pendapatan anda itu.

Kenapa insurans konvensional haram?

Kerajaan Malaysia berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran dan urusan penting umat Islam. Oleh itu, kerajaan telah memperbanyakkan instrumen-instrumen Islam seperti Bank Islam dan Bank Muamalat (Perbankan Islam), pajak gadai Islam dan yang terpenting ialah Insurans secara Islam atau dikenali sebagai Takaful

Kad perubatan sebagai pelengkap kepada takaful hayat yang anda miliki!

Kad perubatan merupakan pelengkap kepada takaful hayat yang anda miliki.Ini adalah kerana, ia membantu dan melindungi anda dari menanggung kos perubatan dan rawatan yang semakin meningkat dan membebankan.Walaupun nilai carumannya agak tinggi namun ia merupakan perlaburan yang menguntungkan!

Anda terbeban dengan hutang yang banyak?

Ya Allah Ya Tuhanku, cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.....

Cukupkah simpanan masa depan anda?

Ketika anda muda, anda sihat dan kuat untuk bekerja.Menjana pendapatan. Tetapi sampai bila anda mahu bekerja? Jika anda sudah tidak lagi bekerja, cukupkah simpanan yang ada untuk menampung kehidupan anda ketika bersara kelak?

Isnin, 26 Oktober 2015

kad perubatan standalone- A-Life Med Regular-i

Pelan perubatan yang lengkap dan komprehensif merupakan satu keperluan asas bagi setiap individu dan keluarga. Ia menyediakan anda akses kepada rawatan dan penjagaan kesihatan yang bekualiti dan berterusan demi kesejahteraan anda dan orang-orang tersayang, sambil membantu anda menangani kesan inflasi kos perubatan.

Memperkenalkan, A-Life Med Regular-i, satu pelan perubatan Takaful lengkap yang menawarkan Faedah perubatan dan rawatan di hospital yang komprehensif sehingga umur 100 tahun. Dengan pelan ini, kini anda boleh menikmati perlindungan perubatan tanpa dikenakan caj Ko-Takaful dan Had Seumur Hidup, serta perkhidmatan bantuan 24 jam tidak kira dimana anda berada melalui Program Rujukan Bantuan Kecemasan.

Manfaat Kad Perubatan:


  1. Kemasukan Hospital dengan kemudahan "Just Swipe"
  • anda akan menerima kad perubatan dengan ciri-ciri "just swipe" untuk memudahkan proses kemasukan dan pelepasan hospital.
2. Perlindungan Pilihan untuk Keluarga Anda.
  • Anda boleh memilih untuk melindungi pasangan dan/atau anak-anak anda dibawah satu pelan dengan ciri "Pelan Keluarga"
  • Pelan Keluarga membenarkan anda melanjutkan pelindungan sehingga maksumum 4 orang anak.
3. Tiada Ko-Takaful untuk jumlah tuntutan sehingga Had Tahunan
  • A-Life Med Regular-i membayar rawatan perubatan anda untuk jumlah tuntutan sehingga Had Tahunan yang telah ditetapkan oleh pelan.
4. Tiada Had Seumur Hidup
  • Pastikan keperluan penjagaan kesihatan anda dan keluarga anda akan sentiasa diuruskan dengan ciri Tiada Had Seumur Hidup.
5. Program Rujukan Bantuan Kecemasan (REA)
  • Nikmati perkhidmatan di seluruh dunia dengan menelefon talian perkhidmatan 24 jam.

Sabtu, 17 Oktober 2015

KERETA ANDA LEBIH BERNILAI DARI DIRI ANDA!!!

Adakah anda memiliki sebuah kereta? anda memandu kereta untuk ke pejabat, membawa keluarga bercuti dan sebagainya. Dengan memiliki kereta, perkerjaan seharian anda menjadi lebih mudah. Dan dengan sebab itu, anda perlu menjaga kereta anda dengan baik. Bagaimana dengan anda?

Kereta anda memiliki insurans. Sedangkan anda TIADA INSURANS!! Jika kereta anda remuk dan rosak dalam kemalangan. Anda akan mendapat wang pampasan dari insurans sebagai ganti kereta anda. Tetapi,jika anda yang HILANG!!!, apa yang keluarga anda akan dapat? Keluarga anda akan kehilangan anda sebagai PENCARI NAFKAH.  

Kereta kancil yang rendah harganya juga memiliki insurans, inikan DIRI ANDA yang tak ternilai. 


Sabtu, 17 Mei 2014

POLISI HAYAT!!!

Salam Sejahtera,

Saya polisi insurans hayat anda.

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

Sekarang ini, anda sedang melaksanakan tugas anda iaitu menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan anda berjalan lancar dan pelayaran bagai di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat yang tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyambung dan menyempurnakan tugasa yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian, dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas saya akan bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti, dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga tetap menyerlah.

Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih untuk anda dan keluarga anda berbanding apa yang anda lakukan untuk saya.

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.

Yang Benar,

Polisi Hayat.

Ahad, 13 April 2014

haji dan umrah

Haji merupakan rukun islam yang ke-5, dan pelengkap kepada kehidupan individu muslim. Sebagai seorang islam, sudah semestinya mempunyai perasaan serta keinginan untuk melaksanakan ibadah tersebut. Namun begitu, bagi melaksanakannya memerlukan pengorbanan yang besar. Sama ada dari segi fizikal, mental mahupun kewangan. Memandangkan kedudukan Mekah adalah berjauhan dari Malaysia, maka kos perbelanjaan untuk mengerjakan haji agak tinggi. Justeru itu, bagi sesiapa yang ingin mengerjakan haji perlu mula menyimpan dari sekarang.

Di takaful ikhlas terdapat satu pelan yang dapat membantu anda menyediakan simpanan bagi tujuan murni tersebut. Ikhlas haji takaful, dapat membantu anda menyediakan dana disamping sedikit perlaburan sebagai dana tambahan bagi memperbanyakkan simpanan haji anda. Disamping itu, anda akan dilindungi dari segi kewangan jika sekiranya anda ditimpa musibah yang menyebabkan impian anda terhalang.

Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sebelum sempat mengerjakan ibadah haji, pihak takaful akan membuat badal haji untuk anda. Bahkan, ahli keluarga anda turut memperolehi sejumlah wang pampasan untuk perbelanjaan mereka setelah ketiadaan anda. Oleh itu, dengan menyertai Ikhlas Haji Takaful ini, anda secara langsung telah menyediakan simpanan haji yang terjamin dan simpanan untuk keluarga jika anda telah tiada. 

Selasa, 8 April 2014

konsep takaful

Tahukah anda, takaful berlainan dengan insurans konvesional dari segi konsep yang diguna pakai didalamnya. Dalam takaful terdapat satu konsep taa'wun yang bermaksud tolong menolong. Setiap peserta takaful akan mencarumkan sebahagian (bukan separuh) dari caruman bulanan kedalam satu tabung. Jumlah tabungan itu akan meningkat berikutan bertambahnya nilai pencarum setiap tahun. Jika sekiranya, berlaku sesuatu musibah dikalangan peserta takaful. Maka wang dari tabung tersebut akan disalurkan bagi membantu peserta yang ditimpa musibah.Peserta takaful secara tidak lansung telah membuat kebaikan dengan sumbangan yang dibuat setiap bulan kedalam tabung tersebut. Dan InshaAllah diberi ganjaran pahala. Menyimpan sambil menderma..

Dalam takaful juga ada terdapat perlaburan. Terdapat perbezaan yang ketara diantara perlaburan di Takaful dengan insurans konvesional. Anda boleh baca di sini untuk mengetahui perbezaannya. Pulangan/dividen dari pelaburan takaful juga agak tinggi iaitu sekitar 9 hingga 12% setahun. Justeru, dengan menyertai takaful anda telah dapat melakukan 3 perkara dengan serentak iaitu simpanan, pelaburan dan pelindungan.




luahan si kecil

Ayah... saya tahu bahawa ayah sayangkan saya.Ayah telah mengorbankan segala-galanya untuk keluarga kita. Selama ini ayah telah membelanjakan semua duit gaji ayah untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian, kenderaan dan pelajaran untuk kami semua. Ayah bekerja keras untuk menanggung kami. Saya tidak tahu bagaimana untuk membalasnya, tetapi ayah jika sesuatu berlaku kepada ayah, siapakah yang akan menjelaskan hutang rumah ini? Dimanakah kami akan tinggal nanti sekiranya ayah tiada lagi. Saya rasa saya akan berjalan kaki ke sekolah dan mungkin kami akan kesempitan  wang untuk membeli buku sekolah dan membayar yuran persekolahan..

Ayah, saya tahu bahawa ayah sudah tidak mampu untuk membayar bagi perlindungan kami di masa akan datang. Usahlah ayah berasa bimbang, sebab saya akan menolong ayah. Saya akan berhenti sekolah dan mencari kerja. Saya akan bekerja untuk adik-adik walaupun cita-cita saya ingin menjadi seorang doktor akan saya korbankan untuk ayah.



Isnin, 7 April 2014

kenapa perlu menyimpan di Takaful

Bukan semua orang berkemampuan untuk menyimpan sebahagian wang pendapatan mereka tiap-tiap bulan secara konsisten. Tambahan pula dengan harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat menyebabkan kos pembelanjaan harian/bulanan juga turut meningkat. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila pendapatan bulanan yang diterima adalah terlalu kecil berbanding perbelanjaan harian/bulanan.

Itulah realiti kehidupan sekarang, orang yang bergaji kecil akan merasa terbeban dan berusaha mencari wang tambahan dengan membuat kerja sambilan. Mujurlah mereka masih sihat dan bertenaga untuk membuat kerja dan menjana pendapatan untuk keluarga. Tetapi bagaimana pula jika mereka telah meninggal dunia atau menjadi cacat? Bagaimana keadaan keluarga mereka selepas itu?

Sesungguhnya, tiada seorang pun yang ingin perkara tersebut berlaku kepada diri dan keluarga mereka. Apatah lagi memikirkan kemungkinan yang akan berlaku selepas itu. Persoalannya, apakah disebabkan perkara tersebut kita tidak suka. Maka ia tidak akan sama sekali akan berlaku kepada kita? Siapa yang dapat memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditimpa kesusahan dan akan hidup bahagia tanpa diuji dengan musibah?

Takaful merupakan satu instrument islam yang diwujudkan bagi membantu mereka khususnya orang islam dalam menghadapi musibah yang dihadapi. Mungkin ada yang berpendapat yang mereka telah bersedia menghadapi sebarang musibah. Tetapi tahukah kita akan keadaan musibah yang bakal kita tempuhi. Justeru itu, sebagai seorang islam kita seharusnya membuat persediaan yang sewajarnya sebelum diuji. Menyertai takaful merupakan salah satu bentuk persediaan yang boleh dilakukan.

Anda perlu menyertai takaful untuk:-

  • Melindungi Pendapatan Diri Dan Keluarga
  • Menyimpan Secara Tetap
  • Mencipta Aset Segera
  • Dana Perubatan
  • Melindungi Harta
  • Instrumen Kewangan Terbaik Dunia
  • Merealisasikan Impian