Isnin, 17 Februari 2014

Takaful dan sejarah penubuhannya di Malaysia...

Takaful (berasal dari perkataan arab-Takafala) mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian (kontrak) ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. 

Skim Takaful adalah berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam kerana beberapa kelemahan yang terdapat padanya. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada kesedaran masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam yang sebenarnya. Atas dasar itu, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Akta Takaful 1984, di mana Bank Negara telah mengarahkan Bank Islam untuk mewujudkan sebuah syarikat Takaful dengan dikenali sebagai Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd pada tahun 1984 dengan menggunakan sistem meja/kaunter (open table).

Walau bagaimanapun, hasrat kerajaan agar seluruh umat Islam mempunyai kesedaran dan mengambil manfaat dengan skim Takaful ini kurang mendapat sambutan. Oleh itu, beberapa penambahbaikan telah di buat terhadap skim Takaful sehinggalah wujudnya sistem 'wakallah'@Wakil (Agent) seperti yang diguna pakai sehingga ke hari ini untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan skim takaful ini. Maka diketahui bahawa kewujudan sistem Takaful ini adalah penting sebagai altenatif kepada sistem pengurusan risiko di negara ini selain insurans konvensional. 

إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ” (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya; “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)


Mencari yang halal itu fardhu keatas setiap muslim dan muslimat.



0 ulasan:

Catat Ulasan