Isnin, 17 Februari 2014

Kenapa Insurans Konvensional Haram???

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF) kali ke-16 yang bersidang pada 15-16 Februari 1979 telah membincangkan isu “Insurans Nyawa” dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
“Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah HARAM dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam kerana mengandungi unsur seperti berikut:-

  1.  Gharar (ketidak-tentuan)
  2.  Maisir (perjudian)
  3.  Riba' (bunga & faedah)

Majlis Fatwa Dunia Pertama telah bersidang di Kaherah, Mesir pada tahun 1960 semata-mata untuk membincangkan berkenaan dengan Insuran/Konvensional. Keputusan sebulat suara adalah HARAM kerana terlibat dengan 3 elemen iaitu:-


  1. Gharar. (Tidak diketahui berapa nilai wang pampasan yang akan diperolehi dan bila ia akan diperolehinya)
  2. Maisir. (Wang caruman berganda jika berlaku sesuatu & kehilangan wang caruman/caruman diperolehi sedikit ketika polisi matang jika tidak berlaku sesuatu yang dilindungi - akad yang diguna pakai ialah jual beli)
  3. Riba. (Wang pampasan terlalu tinggi (misalnya pelindungan sejuta berbanding caruman bulanan yang benilai puluhan ringgit sahaja). Terdapat juga istilah pinjaman dalam insurans)
Majlis Fatwa Dunia Kedua bersidang sekali lagi di Mekah, Arab Saudi pada tahun 1965 dan keputusannya tetap SAMA. Pada 16 Jun 1972, Majlis Fatwa Dunia Yang Ke-5 telah bersidang di Kuala Lumpur untuk membincangkan isu yang sama. Rumusannya adalah INSURAN NYAWA TETAP HARAM!!!. Maka, jelaslah bahawa insurans konvesional jelas haram di sebabkan 3 faktor tersebut.

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)


0 ulasan:

Catat Ulasan