Isnin, 3 Mac 2014

dulu atau kemudian?

Adakah anda menyimpan sebahagian pendapatan bulanan anda? bagaimanakah cara anda menyimpannya? Disini saya wujudkan 2 keadaaan yang dinamakan A dan B.

Keadaan A

Anda mendapat gaji bulanan dan kemudian anda membelanjakan wang gaji tersebut dengan membayar hutang kereta, rumah, kad kredit dan sebagainya termasuk untuk keperluan harian anda. Jika terdapat lebihan dari gaji tersebut,anda akan menyimpannya. Itu pun jika ada dan kalau ada, jumlah simpanan nya adalah tidak konsisten tiap-tiap bulan. Mungkin ada bulan yang anda dapat menyimpan banyak, dan mungkin juga tidak.

Keadaaan B

Anda mendapat gaji bulanan anda, yang anda tunggu-tunggu setelah penat bekerja membanting tulang empat kerat selama sebulan. Setelah mendapat wang gaji tersebut, anda mula menyimpan sebahagian daripada nya kerana anda merasakan yang diri anda perlu di beri penghargaan kerana telah bekerja dengan bersungguh-sungguh. Katakanlah anda menyimpan 10% dari pendapatan anda. Maka lebihan 90% dari pendapatan tersebut anda uruskan untuk membayar segala hutang dan menggunakan untuk membeli keperluan harian.

Dari 2 keadaan tersebut, yang manakah anda rasa yang anda boleh BERJAYA untuk menyimpan sebahagian dari pendapatan bulanan anda secara konsisten tiap-tiap bulan? Persoalannya, bolehkah anda menyimpan 10% itu? Ok cuba anda bayangkan situasi berikut. Anda seorang pegawai atau seorang jurutera. Pendapatan bulanan anda rm 3000 sebulan. Jumlah tersebut, merupakan anggaran sahaja. Pendapatan sebenar mungkin lebih dari itu. Pada suatu hari, anda tiba di pejabat dan bos menemui anda. Katanya syarikat tidak mendapat keuntungan ( mengalami kerugian) pada tahun ini, dan sebagai langkah penjimatan. Anda di beri 2 pilihan:-

     Pilihan 1
       Gaji anda akan dikurangkan/ dipotong sebanyak 10%. Sementara anda masih      boleh bekerja di situ.

     Pilihan 2
       Anda berhenti kerja dan syarikat akan membayar wang pampasan kepada anda.

Diantara 2 pilihan tersebut yang manakah yang akan anda pilih? Berhenti atau teruskan kerja dengan gaji anda dikurangkan 10%?

Anda perlu ingat, dengan keadaan sekarang mencari kerja adalah sangat susah. Terdapat ramai pesaing di luar sana. Lebih baik anda kehilangan 10% daripada hilang 100% pendapatan anda. Bagaimana jikalau pendapatan anda dikurangkan sebanyak 90%, adakah anda masih mampu untuk menampung perbelanjaan anda dan keluarga? Fikirkan lah, itulah yang akan terjadi jika pendapatan anda tiada perlindungan. Jika sesuatu terjadi kepada anda, menyebabkan anda tidak mampu lagi untuk bekerja. Bukan 90%, malah anda akan kehilangan 100% dari pendapatan anda. Anda sedia maklum, tiada kerja maka tiada gaji. Simpanlah sebahagian pendapatan anda di Takaful untuk masa-masa yang tak diduga.


simpanan masa depan

sikit-sikit lama-lama jadi bukit





0 ulasan:

Catat Ulasan