Apa itu takaful? Apa kaitan takaful dengan pengurusan kewangan?

Adakah anda memiliki wang yang cukup untuk digunakan pada saat-saat kecemasan?. Tahukah anda, semasa anda sihat anda mampu untuk bekerja dan menjana kekayaan. Tetapi, bagaimana pula jika anda telah lumpuh atau hilang upaya untuk bekerja lagi. Berapa banyak majikan akan membayar gaji anda? 100%, 50%.... sedangkan anda tidak mampu lagi untuk bekerja. Anda sedia maklum, bahawa jika tiada kerja.. maka tiada lah gaji. Adakah anda mampu untuk mengharungi saat itu tanpa bantuan dari sesiapa? Buatlah sedikit persediaan sebelum tiba saat itu dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji anda untuk melindungi 100% pendapatan anda itu.

Kenapa insurans konvensional haram?

Kerajaan Malaysia berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran dan urusan penting umat Islam. Oleh itu, kerajaan telah memperbanyakkan instrumen-instrumen Islam seperti Bank Islam dan Bank Muamalat (Perbankan Islam), pajak gadai Islam dan yang terpenting ialah Insurans secara Islam atau dikenali sebagai Takaful

Kad perubatan sebagai pelengkap kepada takaful hayat yang anda miliki!

Kad perubatan merupakan pelengkap kepada takaful hayat yang anda miliki.Ini adalah kerana, ia membantu dan melindungi anda dari menanggung kos perubatan dan rawatan yang semakin meningkat dan membebankan.Walaupun nilai carumannya agak tinggi namun ia merupakan perlaburan yang menguntungkan!

Anda terbeban dengan hutang yang banyak?

Ya Allah Ya Tuhanku, cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.....

Cukupkah simpanan masa depan anda?

Ketika anda muda, anda sihat dan kuat untuk bekerja.Menjana pendapatan. Tetapi sampai bila anda mahu bekerja? Jika anda sudah tidak lagi bekerja, cukupkah simpanan yang ada untuk menampung kehidupan anda ketika bersara kelak?

Rabu, 5 Mac 2014

3 menjadi 2....

Makanan merupakan salah satu dari perkara terpenting untuk hidup. Tanpa makan dan minum untuk beberapa hari, boleh menyebabkan badan menjadi lemah, sakit dan berkemungkinan boleh membawa maut. Justeru itu, makanan penting bagi meneruskan kelansungan hidup. Makan untuk hidup, dan bukan hidup untuk makan...

Berapa kali anda makan dalam sehari? 2 atau 3?.. Jawapan yang akan diperolehi mungkin pelbagai bergantung kepada keperluan seseorang. Faktor fizikal dan juga jenis pekerjaan turut mempengaruhi keperluan diet harian seseorang. Jika sekali makan, anda perlu membelanjakan sebanyak rm5. Bermakna kalau 3 kali, anda telah belanja rm 15 untuk kos makanan anda dalam sehari. Maka sebulan (4 minggu x 5 hari bekerja x rm 15) anda mungkin akan membelanjakan rm 300.

Bagaimana jika 3 menjadi 2?. Bermakna anda makan 2 kali sehari sahaja. Jadi, anda telah jimat rm 100 sebulan. Persoalannya, adakah anda mampu untuk makan 2 kali sehari supaya isteri dan anak anda mendapat makanan setiap hari sekiranya sesuatu menimpa anda nanti?. Berusaha lah, agar keluarga anda dapat terus hidup dengan selesa walaupun setelah anda tiada.


Selasa, 4 Mac 2014

mana yang patut?

Mana yang patut anda lindungi? Jika anda mempunyai seekor itik yang cantik. Dan keistimewaan itik ini ialah ia mengeluarkan telur EMAS! Persoalannya... jika anda diberi pilihan untuk memilih mana yang anda sayang atau penting buat anda? itik atau telur emas?... Jika anda sayang telur emas dan membiarkan itik tersebut, sudah tentu anda akan rugi sekiranya itik itu mati. Sudah pasti anda perlu menjaga dan melindungi itik tersebut dengan sebaik mungkin, selagi itik itu hidup, selagi itu lah anda dapat menikmati telur emas tersebut.

Kehidupan anda juga begitu, anda diibaratkan seperti itik tersebut. Anda penting kepada keluarga anda. Menyediakan tempat kediaman yang selesa buat mereka,  makanan, pakaian, pendidikan dan sebagainya. Adalah pelik jika kereta anda memiliki insurans sedangkan diri anda tidak. Jika anda telah tiada, keluarga anda masih perlu membayar ansuran kereta tersebut. Seolah-olah anda menjaga dan melindungi telur emas sahaja dan membiarkan itik tersebut... Alangkah ruginya jika begitu.


Isnin, 3 Mac 2014

dulu atau kemudian?

Adakah anda menyimpan sebahagian pendapatan bulanan anda? bagaimanakah cara anda menyimpannya? Disini saya wujudkan 2 keadaaan yang dinamakan A dan B.
Keadaan A

Anda mendapat gaji bulanan dan kemudian anda membelanjakan wang gaji tersebut dengan membayar hutang kereta, rumah, kad kredit dan sebagainya termasuk untuk keperluan harian anda. Jika terdapat lebihan dari gaji tersebut,anda akan menyimpannya. Itu pun jika ada dan kalau ada, jumlah simpanan nya adalah tidak konsisten tiap-tiap bulan. Mungkin ada bulan yang anda dapat menyimpan banyak, dan mungkin juga tidak.

Keadaaan B

Anda mendapat gaji bulanan anda, yang anda tunggu-tunggu setelah penat bekerja membanting tulang empat kerat selama sebulan. Setelah mendapat wang gaji tersebut, anda mula menyimpan sebahagian daripada nya kerana anda merasakan yang diri anda perlu di beri penghargaan kerana telah bekerja dengan bersungguh-sungguh. Katakanlah anda menyimpan 10% dari pendapatan anda. Maka lebihan 90% dari pendapatan tersebut anda uruskan untuk membayar segala hutang dan menggunakan untuk membeli keperluan harian.

Dari 2 keadaan tersebut, yang manakah anda rasa yang anda boleh BERJAYA untuk menyimpan sebahagian dari pendapatan bulanan anda secara konsisten tiap-tiap bulan? Persoalannya, bolehkah anda menyimpan 10% itu? Ok cuba anda bayangkan situasi berikut. Anda seorang pegawai atau seorang jurutera. Pendapatan bulanan anda rm 3000 sebulan. Jumlah tersebut, merupakan anggaran sahaja. Pendapatan sebenar mungkin lebih dari itu. Pada suatu hari, anda tiba di pejabat dan bos menemui anda. Katanya syarikat tidak mendapat keuntungan ( mengalami kerugian) pada tahun ini, dan sebagai langkah penjimatan. Anda di beri 2 pilihan:-

     Pilihan 1
       Gaji anda akan dikurangkan/ dipotong sebanyak 10%. Sementara anda masih      boleh bekerja di situ.

     Pilihan 2
       Anda berhenti kerja dan syarikat akan membayar wang pampasan kepada anda.

Diantara 2 pilihan tersebut yang manakah yang akan anda pilih? Berhenti atau teruskan kerja dengan gaji anda dikurangkan 10%?

Anda perlu ingat, dengan keadaan sekarang mencari kerja adalah sangat susah. Terdapat ramai pesaing di luar sana. Lebih baik anda kehilangan 10% daripada hilang 100% pendapatan anda. Bagaimana jikalau pendapatan anda dikurangkan sebanyak 90%, adakah anda masih mampu untuk menampung perbelanjaan anda dan keluarga? Fikirkan lah, itulah yang akan terjadi jika pendapatan anda tiada perlindungan. Jika sesuatu terjadi kepada anda, menyebabkan anda tidak mampu lagi untuk bekerja. Bukan 90%, malah anda akan kehilangan 100% dari pendapatan anda. Anda sedia maklum, tiada kerja maka tiada gaji. Simpanlah sebahagian pendapatan anda di Takaful untuk masa-masa yang tak diduga.


simpanan masa depan

sikit-sikit lama-lama jadi bukit





Khamis, 27 Februari 2014

ASB, Tabung Haji atau Takaful?

Berapakah pendapatan anda ketika anda bersara kelak? Bagi kakitangan kerajaan mereka akan menerima wang pencen. Manakala, bagi pekerja swasta mereka akan menerima wang EPF yang banyak sekaligus. Persoalan nya, walaupun banyak cukupkah wang tersebut untuk menampung perbelanjaan mereka untuk 20 tahun akan datang.

Bagi kakitangan kerajaan, wang pencen yang mereka terima berjumlah setengah dari gaji mereka. Bermakna, selepas pencen perbelanjaan mereka akan menjadi separuh. Jika dulu mereka berbelanja sebanyak RM 50 sehari, sekarang mereka terpaksa berbelanja RM 25 sehari sama ada mereka suka atau tidak. Tiada lagi percutian dan tiada lagi udang harimau! Adakah anda mahu mendapatkan sepenuh gaji anda selepas anda bersara kelak? Caranya dengan anda menyimpan 10% dari gaji anda setiap bulan di Takaful. Bagaimana? Katakan umur anda sekarang 30 tahun. Sampai bila anda ingin bekerja?.. Kebiasaanya sampai bersara. Katakan anda ingin bersara pada ketika umur 50 tahun. Maka anda akan bekerja dalam 20 tahun lagi. Setiap bulan anda menyimpan rm 200. Jika anda konsisten menyimpan selama 26 tahun, maka pada hari persaraan anda telah pun mempunyai lebih kurang RM 48,000 di dalam akaun. Itu merupakan simpanan asas, belum di tambah dengan dividen tahunan. Jumlahnya sudah tentu lebih dari itu.Dividen juga berbeza-beza bergantung kepada dimana anda menyimpan.

takaful



Daripada rajah di atas dapat diperhatikan simpanan anda bertambah bila dikenakan dividen. Sekiranya anda menyimpan di Takaful anda akan mendapat perlindungan beserta pelaburan. Bukan kah itu satu pelaburan yang menarik?

Rabu, 26 Februari 2014

Pentingnya Takaful!!

kepentingan takaful
Pernahkah anda melihat keadaan sedemikian? Mereka sanggup berjalan jauh, berpanas, berhujan & berembun untuk meminta sedekah bagi meneruskan hidup. Mereka tidak terfikir, apatah lagi untuk menjalani hidup sedemikian. Cita-cita mereka ingin menjadi doktor, angkasawan, guru, jurutera dan sebagainya. Namun, kemiskinan menghimpit dan menghalang cita-cita mereka itu. Kehidupan mereka yang masih muda seharusnya berada di sekolah menimba ilmu seperti kanak-kanak lain. Hidup gembira dan bahagia... " Boleh berikan saya sedikit wang?"..... rayu kanak-kanak malang ini. Sekiranya mereka meminta, adakah anda akan memberi sedikit wang? Pada ketika itu, adakah RM 100 begitu besar buat anda? Anda mungkin tidak tergak-agak untuk memberikan wang sebanyak itu. Bagaimana pula dengan anak dan isteri anda? Adakah anda mahu keluarga anda menjadi seperti kanak-kanak tadi? Berapa banyak harta yang akan anda tinggalkan kepada mereka? cukupkah harta tersebut menanggung hidup mereka selama 20 tahun? Simpanlah sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan di Takaful untuk keselamatan dan kebahagiannya keluarga anda. InsyaAllah... Takaful mungkin tidak penting pada masa sekarang, tetapi ia penting jika sesuatu telah menimpa diri anda. Jika ditanya pada mereka yang terbaring di katil hospital apakah mereka memerlukan takaful untuk menampung kos pembedahan? Ditanya lagi pada si isteri yang telah ditinggalkan suami, dan mereka hidup dalam kesempitan. Adakah puan memerlukan bantuan kewangan takaful di saat ini? Pastinya mereka menjawab "YA". Tetapi adakah mereka boleh menyertai Takaful pada ketika itu. Sudah pasti nya tidak.. Kerana takaful boleh di sertai hanya ketika anda sihat sebagai persediaan menghadapi musibah. Ia dibeli dengan kesihatan dan dibayar dengan wang. Jika anda mempunyai banyak wang sekalipun, tetapi anda sakit. Anda tetap tidak boleh menyertai takaful. Jika anda sihat sekarang, tiada jaminan anda tidak akan sakit. Sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk anda menyertai takaful, disaat anda muda,sihat dan mampu untuk bekerja.

Selasa, 25 Februari 2014

Apa yang anda miliki?

Adakah anda mempunyai sebuah rumah? kalau ya, adakah anda ada menyimpan geran rumah tersebut? atau geran tersebut ada di bank? Siapa yang berhak ke atas rumah tersebut sehingga anda habis menjelaskan gadai janji?


Adakah anda memilik sebuah kereta? kalau ada, di mana geran kereta itu? pada anda atau di kedai kereta? Siapa yang berhak keatas kereta tersebut sehingga anda selesai menjelaskan segala bayaran kereta itu? Anda atau pihak bank? Jika kedua-dua geran tersebut berada pada anda, maka anda tidak perlu risau kerana keduanya telah menjadi milik anda. tetapi jika semua geran anda berada di Bank, bermakna semua harta yang anda miliki bukan milik anda. Apa yang akan berlaku sekiranya sesuatu terjadi pada anda menyebabkan anda tidak mampu lagi untuk membayar pinjaman perumahan dan kereta itu. Kereta anda mungkin akan ditarik dan rumah anda mungkin akan di lelong oleh pihak bank.

Takaful merupakan satu perancangan kewangan di mana anda hanya perlu membayar ansuran yang kecil berbanding dengan ansuran kereta dan rumah anda dan dapat membantu anda menjelaskan ansuran kereta dan rumah anda sekiranya anda telah sakit atau meninggal dunia. Sekiranya anda menjadi peserta Takaful. Anda akan diberi sebuah "geran" (polisi) yang pemiliknya ialah isteri/ suami anda dan anda boleh menyimpan "geran" nya. 

Ini merupakan harta yang paling berharga untuk keluarga anda dan hak miliknya akan dituntut oleh mereka.  



mana yang lebih berharga?

Adakah anda memiliki kereta sendiri? Anda mungkin menggunakan kenderaan tersebut untuk ke tempat kerja atau pun bersiar-siar dengan keluarga. Sesetengah orang, menganggap kereta  sebagai asset yang bernilai selain rumah kerana harganya yang agak mahal. Ada kereta yang harganya menjangkau ratusan ribu ringgit. Namun hakikatnya, kereta dikategorikan dalam liabeliti dan bukan asset kerana nilainya semakin susut dari hari ke hari. Tahukah anda? bahawa kereta anda lebih bernilai dari diri anda. Ini kerana kereta anda memiliki insurans/ pelindungan. 

Bermakna, jika sekiranya kereta anda rosak dalam kemalangan atau pun hilang. Anda akan mendapat wang pampasan yang banyak sebanding dengan harga kereta anda. Misalnya harga kereta anda RM 100,000 anda akan dapat RM 100,000 juga sekiranya kereta anda rosak atau hilang! Tetapi bagaimana jika anda pula yang sakit dan hilang dari dunia ini? Apakah yang keluarga anda akan dapat? Mereka telah kehilangan anda, sebagai tempat bergantung... Adakah anda rasa mereka akan hidup senang? Oh ya..Pada ketika itu, anda telah tiada. Maka anda tidak dapat rasakan penderitaan yang mereka hadapi.