Apa itu takaful? Apa kaitan takaful dengan pengurusan kewangan?

Adakah anda memiliki wang yang cukup untuk digunakan pada saat-saat kecemasan?. Tahukah anda, semasa anda sihat anda mampu untuk bekerja dan menjana kekayaan. Tetapi, bagaimana pula jika anda telah lumpuh atau hilang upaya untuk bekerja lagi. Berapa banyak majikan akan membayar gaji anda? 100%, 50%.... sedangkan anda tidak mampu lagi untuk bekerja. Anda sedia maklum, bahawa jika tiada kerja.. maka tiada lah gaji. Adakah anda mampu untuk mengharungi saat itu tanpa bantuan dari sesiapa? Buatlah sedikit persediaan sebelum tiba saat itu dengan menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji anda untuk melindungi 100% pendapatan anda itu.

Kenapa insurans konvensional haram?

Kerajaan Malaysia berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran dan urusan penting umat Islam. Oleh itu, kerajaan telah memperbanyakkan instrumen-instrumen Islam seperti Bank Islam dan Bank Muamalat (Perbankan Islam), pajak gadai Islam dan yang terpenting ialah Insurans secara Islam atau dikenali sebagai Takaful

Kad perubatan sebagai pelengkap kepada takaful hayat yang anda miliki!

Kad perubatan merupakan pelengkap kepada takaful hayat yang anda miliki.Ini adalah kerana, ia membantu dan melindungi anda dari menanggung kos perubatan dan rawatan yang semakin meningkat dan membebankan.Walaupun nilai carumannya agak tinggi namun ia merupakan perlaburan yang menguntungkan!

Anda terbeban dengan hutang yang banyak?

Ya Allah Ya Tuhanku, cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.....

Cukupkah simpanan masa depan anda?

Ketika anda muda, anda sihat dan kuat untuk bekerja.Menjana pendapatan. Tetapi sampai bila anda mahu bekerja? Jika anda sudah tidak lagi bekerja, cukupkah simpanan yang ada untuk menampung kehidupan anda ketika bersara kelak?

Khamis, 27 Februari 2014

ASB, Tabung Haji atau Takaful?

Berapakah pendapatan anda ketika anda bersara kelak? Bagi kakitangan kerajaan mereka akan menerima wang pencen. Manakala, bagi pekerja swasta mereka akan menerima wang EPF yang banyak sekaligus. Persoalan nya, walaupun banyak cukupkah wang tersebut untuk menampung perbelanjaan mereka untuk 20 tahun akan datang.

Bagi kakitangan kerajaan, wang pencen yang mereka terima berjumlah setengah dari gaji mereka. Bermakna, selepas pencen perbelanjaan mereka akan menjadi separuh. Jika dulu mereka berbelanja sebanyak RM 50 sehari, sekarang mereka terpaksa berbelanja RM 25 sehari sama ada mereka suka atau tidak. Tiada lagi percutian dan tiada lagi udang harimau! Adakah anda mahu mendapatkan sepenuh gaji anda selepas anda bersara kelak? Caranya dengan anda menyimpan 10% dari gaji anda setiap bulan di Takaful. Bagaimana? Katakan umur anda sekarang 30 tahun. Sampai bila anda ingin bekerja?.. Kebiasaanya sampai bersara. Katakan anda ingin bersara pada ketika umur 50 tahun. Maka anda akan bekerja dalam 20 tahun lagi. Setiap bulan anda menyimpan rm 200. Jika anda konsisten menyimpan selama 26 tahun, maka pada hari persaraan anda telah pun mempunyai lebih kurang RM 48,000 di dalam akaun. Itu merupakan simpanan asas, belum di tambah dengan dividen tahunan. Jumlahnya sudah tentu lebih dari itu.Dividen juga berbeza-beza bergantung kepada dimana anda menyimpan.

takaful



Daripada rajah di atas dapat diperhatikan simpanan anda bertambah bila dikenakan dividen. Sekiranya anda menyimpan di Takaful anda akan mendapat perlindungan beserta pelaburan. Bukan kah itu satu pelaburan yang menarik?

Rabu, 26 Februari 2014

Pentingnya Takaful!!

kepentingan takaful
Pernahkah anda melihat keadaan sedemikian? Mereka sanggup berjalan jauh, berpanas, berhujan & berembun untuk meminta sedekah bagi meneruskan hidup. Mereka tidak terfikir, apatah lagi untuk menjalani hidup sedemikian. Cita-cita mereka ingin menjadi doktor, angkasawan, guru, jurutera dan sebagainya. Namun, kemiskinan menghimpit dan menghalang cita-cita mereka itu. Kehidupan mereka yang masih muda seharusnya berada di sekolah menimba ilmu seperti kanak-kanak lain. Hidup gembira dan bahagia... " Boleh berikan saya sedikit wang?"..... rayu kanak-kanak malang ini. Sekiranya mereka meminta, adakah anda akan memberi sedikit wang? Pada ketika itu, adakah RM 100 begitu besar buat anda? Anda mungkin tidak tergak-agak untuk memberikan wang sebanyak itu. Bagaimana pula dengan anak dan isteri anda? Adakah anda mahu keluarga anda menjadi seperti kanak-kanak tadi? Berapa banyak harta yang akan anda tinggalkan kepada mereka? cukupkah harta tersebut menanggung hidup mereka selama 20 tahun? Simpanlah sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan di Takaful untuk keselamatan dan kebahagiannya keluarga anda. InsyaAllah... Takaful mungkin tidak penting pada masa sekarang, tetapi ia penting jika sesuatu telah menimpa diri anda. Jika ditanya pada mereka yang terbaring di katil hospital apakah mereka memerlukan takaful untuk menampung kos pembedahan? Ditanya lagi pada si isteri yang telah ditinggalkan suami, dan mereka hidup dalam kesempitan. Adakah puan memerlukan bantuan kewangan takaful di saat ini? Pastinya mereka menjawab "YA". Tetapi adakah mereka boleh menyertai Takaful pada ketika itu. Sudah pasti nya tidak.. Kerana takaful boleh di sertai hanya ketika anda sihat sebagai persediaan menghadapi musibah. Ia dibeli dengan kesihatan dan dibayar dengan wang. Jika anda mempunyai banyak wang sekalipun, tetapi anda sakit. Anda tetap tidak boleh menyertai takaful. Jika anda sihat sekarang, tiada jaminan anda tidak akan sakit. Sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk anda menyertai takaful, disaat anda muda,sihat dan mampu untuk bekerja.

Selasa, 25 Februari 2014

Apa yang anda miliki?

Adakah anda mempunyai sebuah rumah? kalau ya, adakah anda ada menyimpan geran rumah tersebut? atau geran tersebut ada di bank? Siapa yang berhak ke atas rumah tersebut sehingga anda habis menjelaskan gadai janji?


Adakah anda memilik sebuah kereta? kalau ada, di mana geran kereta itu? pada anda atau di kedai kereta? Siapa yang berhak keatas kereta tersebut sehingga anda selesai menjelaskan segala bayaran kereta itu? Anda atau pihak bank? Jika kedua-dua geran tersebut berada pada anda, maka anda tidak perlu risau kerana keduanya telah menjadi milik anda. tetapi jika semua geran anda berada di Bank, bermakna semua harta yang anda miliki bukan milik anda. Apa yang akan berlaku sekiranya sesuatu terjadi pada anda menyebabkan anda tidak mampu lagi untuk membayar pinjaman perumahan dan kereta itu. Kereta anda mungkin akan ditarik dan rumah anda mungkin akan di lelong oleh pihak bank.

Takaful merupakan satu perancangan kewangan di mana anda hanya perlu membayar ansuran yang kecil berbanding dengan ansuran kereta dan rumah anda dan dapat membantu anda menjelaskan ansuran kereta dan rumah anda sekiranya anda telah sakit atau meninggal dunia. Sekiranya anda menjadi peserta Takaful. Anda akan diberi sebuah "geran" (polisi) yang pemiliknya ialah isteri/ suami anda dan anda boleh menyimpan "geran" nya. 

Ini merupakan harta yang paling berharga untuk keluarga anda dan hak miliknya akan dituntut oleh mereka.  



mana yang lebih berharga?

Adakah anda memiliki kereta sendiri? Anda mungkin menggunakan kenderaan tersebut untuk ke tempat kerja atau pun bersiar-siar dengan keluarga. Sesetengah orang, menganggap kereta  sebagai asset yang bernilai selain rumah kerana harganya yang agak mahal. Ada kereta yang harganya menjangkau ratusan ribu ringgit. Namun hakikatnya, kereta dikategorikan dalam liabeliti dan bukan asset kerana nilainya semakin susut dari hari ke hari. Tahukah anda? bahawa kereta anda lebih bernilai dari diri anda. Ini kerana kereta anda memiliki insurans/ pelindungan. 

Bermakna, jika sekiranya kereta anda rosak dalam kemalangan atau pun hilang. Anda akan mendapat wang pampasan yang banyak sebanding dengan harga kereta anda. Misalnya harga kereta anda RM 100,000 anda akan dapat RM 100,000 juga sekiranya kereta anda rosak atau hilang! Tetapi bagaimana jika anda pula yang sakit dan hilang dari dunia ini? Apakah yang keluarga anda akan dapat? Mereka telah kehilangan anda, sebagai tempat bergantung... Adakah anda rasa mereka akan hidup senang? Oh ya..Pada ketika itu, anda telah tiada. Maka anda tidak dapat rasakan penderitaan yang mereka hadapi. 



Isnin, 24 Februari 2014

takaful untuk pendidikan anak-anak

Pendidikan merupakan perkara asas dan penting dalam kehidupan seseorang.Ini dibuktikan dengan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang menyuruh baginda membaca, walaupun baginda seorang yang "ummi". Melalui ilmu, seseorang itu dapat memajukan diri dan berubah kepada keadaan yang lebih baik. Tanpa ilmu, seseorang itu akan dianggap jahil dan dipandang hina oleh masyarakat. Ilmu dapatlah dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Sebagai seorang islam, kedua-dua ilmu tersebut harus lah di kuasai agar kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.Begitu besar nya peranan ilmu pengetahuan, namun dalam dunia yang serba moden segalanya memerlukan perbelanjaan. Hatta untuk menuntut ilmu sekalipun, memerlukan perbelanjaan.Kos perbelanjaan untuk pendidikan di lihat semakin hari semakin meningkat berikutan peningkatan kadar inflasi negara. 



Sudahkah anda membuat simpanan untuk pendidikan anak-anak anda? Ataupun anda mengharapkan PTPTN yang akan menanggung kos pembelajaran anak-anak anda?.

Sebagai seorang ibubapa yang penyayang, anda tidak akan sanggup membiarkan anak-anak anda dibebani hutang. Apatah lagi, ketika anak itu masih lagi belajar & tidak memiliki sumber pendapatan. Tambahan pula, dengan saingan yang senget menyebabkan syarat untuk mendapatkan pinjaman adalah sangat ketat. Dan kita sedia maklum bahawa nasib seseorang itu tidak sama. Mungkin ada yang berjaya mendapatkan pinjaman dan ada yang tidak berjaya.Oleh itu, jalan yang terbaik dan selamat adalah dengan menyimpan sendiri untuk tabung pendidikan anak-anak anda.

Tahukah anda, jika anda ingin mendapatkan jumlah simpanan berjumlah RM 35,000 untuk tujuan pendidikan anak-anak? Anda perlu menyimpan sebanyak lebih kurang  RM 300 sebulan untuk tempoh 10 tahun dan RM 150 sebulan selama 20 tahun. Jika dilihat dari jumlah simpanan tersebut, anda terpaksa menyimpan lebih banyak setiap bulan sekiranya anda bermula lewat!!!

Simpanlah di Takaful, kerana terdapat pelbagai kelebihan termasuklah simpanan ,perlindungan & pelaburan.

Jumaat, 21 Februari 2014

MANA PILIHAN ANDA?

Adakah anda akan marah, sekiranya seseorang meminta anda menyimpan untuk masa depan anda?, sudah tentu tidak. Malah anda patut berterima kasih kepadanya kerana mengingatkan tentang masa depan anda. Jika anda diminta untuk menyimpan wang, dimana anda akan menyimpan wang tersebut? rumah? atau di bank?. Kebanyakkan orang akan menyimpan wang mereka di bank. Tahukah anda, terdapat satu kaedah simpanan yang lebih baik dari simpan di bank?

Berikut merupakan perbezaan diantara keduannya...

Simpan di Bank A.

Katakan anda ingin menyimpan wang untuk hari persaraan. Anda pun menyimpan 10% tiap-tiap bulan dari pendapatan anda. Sebagai contoh anda simpan RM 200 sebulan. Sehingga ke suatu hari pada tahun ke-10. Apabila anda membuka mata, anda dapati diri anda berada di hospital. Doktor mengatakan bahawa anda telah diserang penyakit jantung ketika bekerja dan anda perlu dibedah segera. Kos pembedahan adalah RM 50,000.00. Mungkin pada waktu tersebut anda terfikirkan wang yang telah anda simpan selama ini. Lalu anda terus ke bank bagi mengeluarkan wang simpanan anda sebanyak RM 24,000.00. Anda masih perlukan wang sebanyak RM 26,000.00 lagi untuk kos pembedahan. Jadi dimanakah anda hendak mendapatkan wang sebanyak itu? Jual rumah? Pinjam sedara-mara? 

Harus di ingat, sekiranya rumah telah dijual. Keluarga anda akan kehilangan tempat teduh.
Sekiranya anda meminjam dari saudara mara, berkemungkinan akan meregangkan hubungan kekeluargaan. Anda mengalami krisis kewangan ketika itu.

Simpan di Bank B

Situasi yang sama, anda telah menyimpan untuk masa depan dengan simpanan RM 200 sebulan. Sehingga tahun ke-10. Anda telah di serang penyakit jantung. Lalu anda ke Bank B bagi mengeluarkan simpanan anda. Anda bertemu dengan pengurus bank tersebut dan memberitahu hasrat anda untuk mengeluarkan wang simpanan bagi membiayai kos rawatan jantung anda. Lalu pengurus bank itu menghulurkan cek bernilai RM 50,000.00 untuk kos rawatan anda dan anda tidak perlu mengeluarkan simpanan anda. Anda terkejut dan gembira, kerana masalah kos rawatan anda telah selesai. Anda mengucapkan terima kasih kepada pengurus bank tersebut lalu beredar. Sebelum anda beredar, pengurus tersebut mengatakan bahawa sekarang anda telah sakit dan tidak mampu lagi menyimpan untuk hari persaraan. Jadi, pihak bank akan tolong menyimpan untuk anda sehingga anda bersara kelak. Pada hari persaraan anda, anda akan menerima wang simpanan tersebut beserta dengan pelaburan (15% dividen setiap tahun). 

Jadi simpanan yang bagaimanakah yang menjadi pilihan anda? simpan di bank A atau bank B?Dan ciri-ciri bank B terdapat pada Takaful.... 

Khamis, 20 Februari 2014

*****HARTA & TAKAFUL*******

Setiap orang amat menyayangi akan keluarga mereka. Ramai yang sanggup berkorban apa saja untuk kebahagian ahli keluarga mereka. Malah, tiada seorang pun yang sanggup melihat ahli keluarga mereka menanggung penderitaan. Mereka membuktikan kasih sayang terhadap ahli keluarga dengan menyediakan semua kelengkapan asas termasuk rumah yang selesa serta kereta yang bagus untuk membawa mereka ke mana-mana. Semasa kita masih hidup, kita pastikan ahli keluarga kita mendapatkan yang terbaik. Jika sesuatau terjadi kepada diri kita, kita berhasrat untuk meninggalkan sesuatu yang terbaik untuk ahli keluarga kita. 


Apakah yang anda ingin tinggalkan untuk ahli keluarga anda jika sekiranya sesuatu yang buruk menimpa diri anda?, rumah? kereta? atau harta.... "Sedarkah anda, jika anda tinggalkan sebuah rumah untuk keluarga anda, keluarga anda mungkin terpaksa menjual rumah tersebut untuk di bahagikan antara mereka. Tetapi, sekiranya anda meninggalkan sebuah rumah dan takaful. Keluarga anda dapat menjaga rumah tersebut dengan baik dan membahagikan wang pampasan dari takaful tersebut sahaja. Sekurang-kurangnya keluarga anda masih mempunyai sebuah rumah pusaka untuk mereka berkumpul."

… adalah lebih baik bagi kamu meninggalkan keluarga kamu (anak-anak, ahli waris)dalam keadaan kaya daripada membiarkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta. (hadith riwayat bukhari dan muslim)



sudahkah pendapatan anda dilindungi?

"usahakan agar keluarga anda dapat terus kekal tinggal dirumah yang anda sediakan walaupun setelah anda tiada"